Apa yang ibu bapa perlu tahu

Antara Soalan Yang Selalu Ditanya Ibu Bapa

Write your awesome label here.

SOALAN LAZIM

Apakah program pendidikan yang dikendalikan oleh Akademi Intan Payung?

Akademi Intan Payung menyediakan platform pendidikan digital yang dikenali sebagai portal pembelajaran iaitu kemudahan mengakses modul soalan secara dalam talian. 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Maklumat lanjut boleh layari akademiintanpayung.com

Melalui portal pembelajaran yang disediakan, apakah program yang boleh disertai?

Portal pembelajaran Akademi Intan Payung dilengkapi dengan program persediaan peperiksaan tertentu seperti Program Sekolah Idaman, Program Naik Pentas dan Program UPKK.

Bagaimanakah cara untuk melanggan?

Terdapat dua cara langganan iaitu:
  • Bayaran melalui Paypal - Langganan modul adalah secara automatik dan segera tanpa mengira masa

  • Bayaran secara bank-in ke akaun Maybank Hasnol bin Harun (552107051032) - Langganan modul adalah dalam tempoh 24-48 jam kerana transaksi adalah secara manual. Bukti bayaran hendaklah di-emelkan ke akademiintanpayung@gmail.com

Apakah syarat umur bagi mengikuti program yang ditawarkan?

Syarat umur adalah seperti berikut:

PROGRAM NAIK PENTAS
(Tahun 2 hingga Tahun 6)

PROGRAM UPKK
(Tahun 5 sahaja)

PROGRAM SEKOLAH IDAMAN
  • Persediaan PKSK dan UKKM
  • Tahun 6 dan Tingkatan 3
  • Persediaan UKM
  • Tahun 2 hingga TIngkatan 3

Bagaimanakah cara untuk melayari portal pembelajaran akademiintanpayung.com?

Cara melayari portal ini adalah dengan menggunakan browser Chrome sahaja.

Boleh dapatkan Chrome di sini: https://www.google.com/chrome/

Adakah portal pembelajaran akademiintanpayung.com ini memerlukan capaian Internet yang tinggi?

Ya, benar. 

Adakah modul dan soalan yang digubal berdasarkan format terkini?

Ya, modul dan soalan yang digubal adalah berdasarkan format semasa yang terkini.

Adakah penggunaan portal pembelajaran ini boleh diwarisi daripada abang/ kakak kepada adiknya?

Maaf, portal pembelajaran ini untuk seorang sahaja dan tidak boleh diwarisi.

Adakah penggunaan portal pembelajaran ini boleh dikongsi dengan rakan yang lain?

Portal pembelajaran ini tidak boleh dikongsi dengan rakan atau ahli keluarga yang lain. 
Semua bahan pembelajaran tidak boleh ditangkap layar (screenshot) kerana hanya HALAL untuk kegunaan sendiri sahaja.

Adakah portal pembelajaran ini boleh dilayari dengan menggunakan pelbagai alat peranti?  

Ya, portal pembelajaran ini boleh dilayari dengan menggunakan pelbagai alat peranti seperti Chromebook, Laptop, Tablet, Telefon Pintar dan iPad. Sila lakukan tetapan "desktop site" pada peranti yang digunakan. 

Adakah portal pembelajaran ini boleh dilayari oleh pengguna akaun portal pembelajaran yang sama pada beberapa peranti dalam suatu tempoh yang sama secara serentak?  

Maaf, portal ini tidak boleh dilayari secara serentak dengan menggunakan akaun portal pembelajaran yang sama. Penggunaan adalah terhad untuk seorang pengguna (user) sahaja dalam sesuatu tempoh yang sama. Penggunaan yang serentak dikira sebagai TIDAK HALAL (perkongsian) dan akan menggangu fungsi sistem portal pembelajaran pengguna tersebut. Akademi Intan Payung juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan (web glitch) pada portal pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Adakah pembelajaran melalui portal ini dihadkan tempoh penggunaannya?

Ya benar, tempoh akses bukan secara tahunan atau seumur hidup tetapi mengikut tempoh yang ditetapkan.

Adakah modul soalan dilengkapi dengan jawaban?

Setiap modul soalan dilengkapi dengan penerangan bagi setiap jawaban. Namun, terdapat juga bahagian-bahagian tertentu yang tidak disertakan penerangan atas sebab-sebab tertentu.

Adakah setiap program / persediaan ujian mempunyai persamaan dari segi format, ciri-ciri dan soalan?

Tidak. Setiap persediaan bagi setiap program adalah berbeza kerana mengikut format dan garis panduan yang diumumkan oleh setiap penganjur ujian. Jaminan diberikan bahawa soalan-soalan tidak berulang antara set-set modul yang disediakan.

Adakah portal pembelajaran ini merupakan program usahasama dengan penganjur ujian?

Tidak. Setiap modul soalan adalah kreativiti, inisiatif  dan usaha penulis, HasnolMazlina sahaja. Input atau sebarang maklumat tiada sebarang kaitan dengan penganjur ujian dan bukan merupakan soalan bocor yang tidak berintegriti.