Ujian Bertutur

Hari ini Selasa, 05 Disember, sudah bermula Ujian Amali SPM 2023.

Selepas selesai ujian amali, akan diikuti pula ujian bertutur yang dijadualkan pada awal bulan Januari 2024 (08 Januari) nanti. Ina ada sediakan beberapa skrip ujian bertutur yang sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan ulang kaji bagi menghadapi ujian bertutur ini.  

Selain sesuai dijadikan panduan ujian bertutur, bahan ini juga amat sesuai bagi memantapkan bahagian penulisan SPM. Modul Ujian Bertutur ini mengandungi bilangan muka surat sebanyak 183. Nak baca secara e-book pun boleh atau nak cetak secara fizikal pun boleh.

Tahun lepas, anak sulung Ina terlibat dalam SPM. Antara bahan ulang kaji untuk bahasa Melayu yang anak Ina gunakan ialah Modul Ujian Bertutur yang bilangan muka suratnya ialah 183. Nak baca secara e-book pun boleh atau nak cetak secara fizikal pun boleh. Pada hari ujian, lancar saja dia keluarkan isi penting, malah sangat membantu dia juga untuk BM bahagian penulisan. 

Ina memang risau sikit untuk subjek bahasa sebab anak Ina ni Disleksia. Tertinggal huruf dan tulisan terbalik pasti menggugat bahagian penulisan. Tambahan pula, tahun lepas Hatim tidak memohon sebagai calon CBK. 

Alhamdulillah dengan kehendak Allah, Hatim dapat keputusan yang cermelang bagi subjek BM.

BM ni kalau dah mantap, tentu-tentu genggam A. 

Kalau A subjek BM, merit ke Matrikulasi pun tinggi. 
IPG? Lagilah nak bilangan A yang banyakkkkk. 

Modul Ujian Bertutur ini turut sesuai digunakan seawal Tingkatan 1. Ina juga ada sertakan video-video oleh guru-guru yang berpengalaman menerangkan tatacara ujian bertutur. 

Kepada waris yang berminat untuk membantu anak-anak mahir bertutur bolehlah dapatkan segera ya.