"Kelas Artikulasi Penulisan PKSK: Apabila Karangan Bukan Sekadar Menulis"

May 19 / HasnolMazlina
Setiap bulan, Ina akan meluangkan masa bersama murid Tahun 6 dalam sesi bimbingan khas yang dijalankan sekali sebulan. Setiap sesi mempunyai fokus berbeza — bulan lalu, Ina terangkan tentang ujian IQ dalam PKSK. Kali ini, giliran murid belajar tentang Artikulasi Penulisan pula.

Semasa sesi ini berlangsung, Ina semakin jelas bahawa murid-murid sebenarnya boleh menulis, cuma mereka masih keliru cara menjawab dengan matang dan tersusun mengikut format PKSK. 

Melalui kelas ini, Ina beri bimbingan bagaimana nak kenal jenis soalan, bina rangka karangan, dan susun isi dengan teknik yang mudah. Paling penting, Ina juga mula menanda karangan satu per satu, dan dari situ, barulah nampak di mana kelemahan sebenar murid.

Kelas sebulan sekali ini bukan sekadar latihan — kelas ini medan untuk Ina membentuk keyakinan dan kemahiran murid supaya lebih bersedia menghadapi cabaran sebenar PKSK.

📌 Tapi di sebalik kelas itu, ada sesuatu yang lebih penting Ina jumpa...

Selepas kelas tamat, Ina jalankan penandaan setiap karangan murid, dan di sinilah cerita sebenar bermula.

Ina nampak corak kesalahan yang berulang:

❌ Ayat pembukaan tak padan dengan tajuk
❌ Isi tiada kaitan langsung dengan kehendak soalan
❌ Huraian cetek, tiada nilai
❌ Penutup terlalu umum atau terus berhenti tanpa kesimpulan

Daripada situ, Ina tahu… masih ramai yang perlukan lebih daripada sekadar teknik.

Mereka perlukan penandaan sebenar dan panduan membaiki kesilapan secara spesifik.

👨‍👩‍👧 Permintaan dari ibu bapa pun mula datang...

“Ina, boleh tak buat kelas khas, tapi nak secara individu untuk penandaan karangan, boleh tak?”

“Ina, anak saya pandai menulis tapi tak tahu kenapa markah rendah...”

“Ina, boleh tak tunjuk di mana anak saya silap dan macam mana nak baiki?”

Maka lahirlah Edisi Tambahan: Penandaan Karangan PKSK bersama Ina ✍️

Dalam edisi tambahan ini, Ina bukan sekadar beri markah —
Ina berikan 

📌 komen terperinci
📌 cadangan ayat gantian
📌 dan rubrik pemarkahan sebenar PKSK untuk rujukan ibu bapa

Kerana Ina percaya — 💡 Setiap murid boleh menulis dengan baik, jika mereka tahu apa yang perlu diperbaiki.

📣 Kelas Artikulasi Penulisan PKSK + Edisi Penandaan kini dibuka. Tempat terhad sebab Ina nilai satu-satu, bukan pukal.

📩 DM Ina untuk daftar dan terus mula menulis.

0124821568 atau 0195581568